Wednesday, March 10, 2010

Mimpi...!!!

10.03.10

kebanyakan orang yang tidur akan bermimpi...xkira la mimpi aper,baik atau buruk....ade orang kata, mimpi tuh merupakan satu petanda...
mlm td,aku rase aku da basuh kaki kot sebelum tido....then aku mimpi ular....orang kata mimpi dipatuk ular tuh tanda jodoh da smpai....tapi aku just mimpi nmpak,n halau ular jer....ular kecik yang byk...ade warna itam,coklat....cuak gak....
sedar2 tgk jam da kul 935 a.m...

Oh mY God....aku terlambat g keje.....terus bgun n siap2 g keje....seb baik kawan aku sorag nih pon lmbat...ade la geng dtg keje mbat..huhuhuuh...tpi aku tertanya2, aper makna mimpi aku tuh....then aku search...aku kongsi la ngn korang....

Tafsiran Mimpi

Imam Ibnu Sirin, dalam bukunya Tafsir Mimpi Menurut Islam, berkata:
Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.

Menurut ahli-ahli ta'bir, mimpi ada tiga macam:

Peristiwa yang menggembirakan yang benar yang terjadi setelah bermimpi, dan ini tidak memerlukan penafsiran.

Mimpi yang batil atau permainan syaitan, iaitu mimpi yang tidak dapat diperincikan oleh orang yang bermimpi. Ertinya orang yang bermimpi itu tidak sanggup mengingat tertib atau jalan cerita mimpi itu. Mimpi seperti ini dianggap batil dan tidak mempunyai sebarang makna atau takwil.

Keinginan nafsu. Seperti kita ketahui nafsu ada tiga, iaitu nafsu mutmainnah, nafsu lawwamah dan nafsu ammarah. Mimpi seperti ini terjadi kerana pengaruh fikiran seseorang. Sesuatu yang dia lakukan atau dia khayalkan siang hari atau menjelang tidurnya selalu menjelma ketika tidurnya.

Kalau mimpi dibelit atau dipatuk ular tu maksudnya ada orang yang sudah jatuh hati dan berkenan dan akan masuk meminang anda.

menurut Islam kalau mimpi Mendengar Bunyi Kulit Ular: bermakna menjauhkan diri dari musuh yang menyembunyikan permusuhan dan berusaha untuk mengalahkannya.

Jika bermimpi dibelit dan dipatuk ular alamatnya, kalau anda lelaki, anda akan beristeri dan jika anda perempuan, anda akan lekas bersuami.

Mimpi Ular
Jika anda seorang jejaka atau seorang gadis bermimpi melihat atau digigit ular, bermakna akan segera mendapat pasangan atau jodoh. Dan bila anda telah bernikah bermimpi demikian, bermakna akan memperoleh kemakmuran hidup.

Mimpi melihat ular kecil dengan tiba-tiba berubah menjadi naga, bermakna akan ada orang besar yang menolong anda.
Melihat ular berwarna-warni, bersirat kebahagiaan segera terbayang pada anda.
Mimpi melihat ular yang banyak sekali, bermakna akan panjang umur.
Mimpi dikelilingi banyak ular, bermakna firasat akan banyak orang yang memusuhi anda.


pastu kalau mimpi terbang maksudnya kejayaan, pencapaian dan prestasi, Menggambarkan harapan, hasrat dan cita-cita anda.

Mimpi Terbang
Jika anda bermimpi terbang dengan pesawat terbang, tandanya akan datang panggilan undangan istimewa kerana anda mempunyai kelebihan yang sangat berharga.
Jika mimpi melihat perahu terbang bermakna akan berhasil dalam usaha.

Kalau diri anda sendiri yang terbang, ertinya anda akan mendapat suatu pengalaman/ilmu yang sangat bermanfaat bagi anda yang dapat membantu hidup atau kareer anda.

GIGI
menurut Islam:
Gigi: adapun gigi maknanya adalah keluarga rumah tangga lelaki. Maka gigi sebelah atas adalah keluarganya yang lelaki dan sebelah bawah keluarga yang perempuan.
Gigi yang goyang: jika sebahagian gigi goyang, menunjukkan ada yang akan berpenyakit. Gigi yang jatuh dan hilang menunjukkan kematian atau hilang buat selama-lamanya.

menurut Barat:
Gigi: hubungan tidak menyenangkan dengan penyakit atau orang yang membingungkan.
Gigi yang goyang: kegagalan dan khabar buruk.
Gigi yang hilang: kemalangan dengan tiba-tiba.

ANGGOTA KELUARGA
menurut Islam:
Anggota Keluarga: Bermimpi mempunyai anak lelaki yang remaja bererti kemegahan dan kekuatan bagi anda. Perempuan yang bermimpi mempunyai anak lelaki yang sudah dewasa bererti satu kebaikan yang akan datang.

menurut Barat:
Anggota Keluarga: Mimpi ini boleh baik atau buruk, tergantung pada hubungan anda dengan keluarga. Bermimpi ayah bererti hal-hal berkaitan dengan kuasa, bermimpi ibu bermakna hal-hal berkenaan dengan perlindungan/perlindungan lampau, bermimpi adik-beradik bererti saingan, bermimpi datuk-nenek bererti kebijaksanaan, bermimpi anak anda melambangkan anda seperti anak atau hal-hal berkaitan dengan zaman kanak-kanak anda.

ATAU:

MATI
menurut Islam:
Mati: Melihat mati dalam mimpi adalah penyesalan daripada perkara yang sangat besar. Melihat seolah-olah anda mati, kemudian anda hidup lagi, bererti anda mempunyai dosa kemudian anda bertaubat.

menurut Barat:
Mati: Melihat seolah-olah anda mati bererti anda diancam oleh orang atau situasi yang sudah membantu anda terlebih dahulu. Melihat mati dalam mimpi bererti nasib buruk dan dukacita bagi anda dan kawan anda. Melihat seseorang mayat bermakna akhir situasi. Melihat kawan yang mati boleh mengerti hanya anda akan meninggalkan dia.

ATAU:

MAYAT
menurut Islam:
Mayat: Sesiapa yang bermimpi melihat mayat seseorang (yang sudah mati), seolah-olah dia mati lagi, lalu orang-orang menangisnya, yakni tidak sampai berteriak dan meratap, maka ini menunjukkan akan berkahwin salah seorang zuriatnya. Sesiapa yang bermimpi menjumpai mayat, maka dia akan mendapat harta.

menurut Barat:
Mayat: Khabar buruk perniagaan atau berkenaan dengan seorang yang tidak hadir.

1 comment:

Nuruljannah BadrulHisham said...

Melihat ular pelbagai saiz dan warna.
Mimpi melihat ular yang banyak,Mimpi dikelilingi banyak ular...wah..semua ada...takut gak tgk firasat mimpi nih...